Monday 15 February 2010

SEORANG WANITA ISLAM






APABILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH




Ingatkah dikau di mana dalam sejarah
sepasang mata menjadi hadiah? Kenapakah engkau mengikutiku?
aku tertarik dengan kecantikkan matamu
jawapan yang cukup angkuh, namun mengandungi seribu sesalan
Apabila bungkusan merah diterima di tangan
Muslimat..., contohilah wanita itu
bukan dengan mencungkil matamu
tetapi dengan menjaga peribadimu
wahai muslimat, aku sering tertanya
bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka, menghadiahkan senyuman
meramahkan bicara kepada lelaki yang bukan mahram
apakah engkau berani menguji jiwa mereka
atau sengaja mengundang fitnah dunia
Benar, wanita itu telah menemui ajalnya
namun diiringi dengan keredhaan Illahi
Dan keinsafan seorang lelaki yang akhirnya menjadi seorang sufi
Muslimat, begitulah jalanmu, begitulah perjuanganmu
tampilkan ketegasanmu,
Apabila engkau di depan atau di belakang
walau atas alasan apa sekalipun
jelaskan dengan amalmu
bahawa percampuran bukan caranya.

No comments:

Post a Comment