Thursday 18 February 2010

KEMPEN MENUTUP AURAT



NISA' Bintulu mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak yang menghasilkan risalah-risalah bagi mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat

Monday 15 February 2010

SEORANG WANITA ISLAM






APABILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH




Ingatkah dikau di mana dalam sejarah
sepasang mata menjadi hadiah? Kenapakah engkau mengikutiku?
aku tertarik dengan kecantikkan matamu
jawapan yang cukup angkuh, namun mengandungi seribu sesalan
Apabila bungkusan merah diterima di tangan
Muslimat..., contohilah wanita itu
bukan dengan mencungkil matamu
tetapi dengan menjaga peribadimu
wahai muslimat, aku sering tertanya
bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka, menghadiahkan senyuman
meramahkan bicara kepada lelaki yang bukan mahram
apakah engkau berani menguji jiwa mereka
atau sengaja mengundang fitnah dunia
Benar, wanita itu telah menemui ajalnya
namun diiringi dengan keredhaan Illahi
Dan keinsafan seorang lelaki yang akhirnya menjadi seorang sufi
Muslimat, begitulah jalanmu, begitulah perjuanganmu
tampilkan ketegasanmu,
Apabila engkau di depan atau di belakang
walau atas alasan apa sekalipun
jelaskan dengan amalmu
bahawa percampuran bukan caranya.

Saturday 6 February 2010

WANITA KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU



Rasulullah SAW bersabda :

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim".

Berkata Ibnul Jauzy rahimahullah: “ Wanita adalah seorang yang mukallaf seperti lelaki-lelaki. Maka wajib terhadapnya untuk menuntut ilmu tentang perkara-perkara yang diwajibkan terhadapnya, agar ia menunaikan ibadah tersebut di atas keyakinan".

Dan tercatat indah dalam sejarah, bagaimana semangat para shahabiyah radhiyallahu ‘anhunna dalam menuntut ilmu dan bertanya akan berbagai masalah yang tengah mereka hadapi tanpa terhalang oleh rasa malu mereka. Hal tersebut menunjukkan kewajiban menuntut ilmu yang tertanam dalam jiwa-jiwa mereka yang terpuji. ‘Aisyah radhiyallâhu ‘anhâ berkata :

نِعْمَ النِّسَاءِ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ

“Sebaik-baik perempuan adalah para perempuan Ansar. Tidaklah rasa malu menghalangi mereka untuk tafaqquh (memperdalam pemahaman) dalam agama".

Dan masih banyak dalil yang menunjukkan kewajiban seorang wanita untuk menuntut ilmu. Bahkan seluruh dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang menjelaskan tentang kewajiban dan keutamaan menuntut ilmu juga termasuk dalil akan wajibnya perempuan menuntut ilmu, kerana perintah pada dalil-dalil itu adalah umum meliputi seluruh umat; lelaki mahupun perempuan.

Ketentuan Bolehnya Wanita Keluar Untuk Menuntut Ilmu

Menetapnya wanita di rumah adalah suatu hal yang wajib berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah SWT berfirman:

“Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” [Al-Ahzab :33]

Nabi SAW bersabda:

لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمْ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

“Janganlah kalian menahan kaum wanita kalian dari masjid – masjid . Dan rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka".

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّهُ قَدْ أُذِنَ لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لِحَاجَتِكُنَّ

“Sesungguhnya kalian telah diizinkan keluar untuk keperluan kalian".

Dalil-dalil di atas merupakan penjelasan bahawa hukum asal bagi wanita adalah untuk menetap di rumahnya dan tidak boleh keluar darinya kecuali untuk hal yang darurat atau keperluan yang dibenarkan oleh syari’at.

Dan tentunya keluar untuk menuntut ilmu adalah salah satu keperluan yang diizinkan oleh syariat, apalagi jika yang dituntutnya adalah ilmu yang berkaitan dengan pelaksanaan kewajibannya.

Hadits Abu Sa’id Al-Khudry radhiyallâhu ‘anhu, beliau berkata:

قَالَتْ النِّسَاءُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَلَبَنَا عَلَيْكَ الرِّجَالُ فَاجْعَلْ لَنَا يَوْمًا مِنْ نَفْسِكَ فَوَعَدَهُنَّ يَوْمًا لَقِيَهُنَّ فِيهِ فَوَعَظَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ

“Para perempuan berkata kepada Nabi SAW, kaum lelaki telah mengalahkan kami terhadapmu. Jadikanlah dari dirimu suatu hari (khusus) untuk kami. Maka (beliau) menjanjikan kepada mereka suatu hari yang beliau menemui mereka padanya. Lalu (beliau) menasihati mereka dan memberikan perintah kepada mereka.”

Demikian beberapa dalil yang menunjukkan bolehnya seorang perempuan untuk keluar dalam rangka menuntut ilmu agama.